Pages

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa Kolej Kerawang

"Kelam-kabut"! Itu yg dapat aku simpulkan dari Majlis Berbuka Puasa Kolej Kerawang, UITM Kuala Terengganu..saat aku menulis blog ni aku baru saja 'melarikan diri' dari majlis yang mengundang 1001 sakit hati dihatiku..inilah kisahnya....
Seramai lebih kurang 1,400 penghuni Kolej Kerawang berkumpul di gelanggang bola jaring untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK)..tikar2 terbentang di tengah gelanggang dan kitaorang pun duduk..tapi tak lama lepas tu ada la JPK ni kata budak perempuan duduk kat sekeliling gelanggang, tengah untuk budak lelaki..ok fine! Kitaorang bangun arr and cari tempat duduk kat tepi gelanggang..pas2 tiba2 kitaorang tengok orang lain berdiri and berpusu-pusu ke corner2 gelanggang untuk ambil makanan..aku quite shock sebab tak ada pun pengumuman suruh kitaorang ambil makanan...and guest what? Keadaan masa tu sangat kelam-kabut..aku faham semua orang tengah lapar sebab tu ada yang sampai segenggam kuih popia dia cekup!haha..memang kelakar..mengalahkan negara Afrika lagaknya..kitaorang? hmm..kitaorang tunggu jela coz malas nak berebut..dah nampak lengang sikit aku dengan Fatin pun bangun nak ambil makanan..tengok pinggan tak ada(sebab budak2 lain ambil pinggan 3-4keping seorang..utk apa?hmm..entahla..) and tak ada seorang pun JPK datang bawak pinggan lain..ok tak pe..aku dengan Fatin nak pergi ambil air and the same things happen..air habis!pergi kat corner lain air habis gak!memang sakit hati sangat2 masa tu..at last aku dengan Fatin just minum water cooler..pas habis je minum air, aku, lija, wani, iqa and fatin blah jela dari situ..sakit dihati masa tu hanya tuhan yang tahu..nasib baik la Kak Long ada bawa lauk2 yang umi masak..asalnya nak makan masa sahur tapi ni yang terjadi..hmm alhamdulillah masih ada rezeki..kitaorang just tempah nasi putih and tomyam je..
Sebenarnya kan..majlis ni boleh berlangsung dengan jayanya if ada perancangan yang teliti..sebagai contoh, makanan dan minuman dibungkus terlebih dahulu supaya tak ada yang 'ter'ambil lebih serta makanan dan minuman biarlah order cukup untuk penghuni kolej and bukannya order untuk separuh je penghuni kolej makan! If kena bayar pun aku rela bayar asalkan tak terjadi peristiwa macam ni..

Monday, August 30, 2010

Kantoi...!

Ni de satu citer aku nak bagitau kat korang..bila ingat jer aku rasa macam nak pecah perut gelak..hahaha..macam ni story nye..
Sepanjang karier aku sebagai pengumpat sejati ni, belum pernah sekali pun aku terkantoi..maksudnye orang yg diumpat tu dengar laa..nak dijadikan cerita..tadi tengah aku syok2 mengumpat seseorang yang selalu jadi mangsa umpatan aku kat roomate aku, tiba2 dia masuk bilik aku tanpa ketuk pintu dulu! Dia dah selalu buat bilik aku macam bilik dia...hahaha..ok2..back to the story...bila dia masuk jer aku agak terkejut 'beruk' la..roomate aku yg dok dengar aku story pun tiba2 senyap...si dia? Hmm...aku nampak muka dia lain macam sebab kebetulan masa dia buka pintu aku tengah sebut "Jangan panggil anjing, panggil kambing"..so sah2 la dia dengar and tau aku tengah mengumpat dia..dia datang nak pulangkan charger aku pas tu dia terus blah..pas je dia keluar aku dengan roomate yg join mengumpat ni pun gelak besar arr..haha..terkantoi!
Actually bukan saja2 aku nak mengumpat orang...selalunya kalau aku ada terasa hati or tak puas hati dengan orang tu baru la aku mengumpat kaw2..dengan si dia ni aku geram sebab masa eksiden aku tersalah anggap anjing yang aku nampak dari jauh macam kambing tu lagi dia tak habis2 nak kutuk aku tak tau bezakan anjing dengan kambing..dari jauh memang arr aku nampak macam kambing, dah aku ni kan rabun and lagi satu sebab aku tengok binatang tu bergerak secara berkumpulan...aku tak pernah pulak nampak anjing bergerak berkumpulan..tapi tak apalah kan..aku ngaku aku salah tengok tapi tak payah la eksiden yg dah basi 4-5 hari lepas pun still nak disebut2 lagi..kalau time dia, aku buat macam ni pandai lak nak bagi ceramah kat aku..habis keluar semua ayat2 bernas dari mulut dia...so, if korang benci orang lain buat something yang korang tak suka, korang jangan la buat macam tu kat orang lain...ingatlah..hidup ni ibarat roda..adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah..so biarlah hidup ni selalu melihat ke bawah jangan selalu mendongak ke langit...:))

Friday, August 27, 2010

Ahh..tensionnya!!

Malam tadi aku tak cukup tidur..ingatkan lepas sahur pukul 3 lebih aku nak sambung tidur tapi mata ni tak boleh pejam lak and tambah dengan nyamuk yang tak habis-habis nak gigit aku, arrggghh!memang la aku tak boleh tidur..!at last dekat pukul 7 aku bangun, mandi and bersiap-siap..masa tu mata aku macam dah ngantuk sikit tapi bila je aku terpandang baldi biru aku yang cantik tu penuh dengan baju-baju yang belum dibasuh, aku just tersengih macam orang tak siuman...hahaha..memang tak boleh sambung tidur la jawabnya!Lepas dah siap basuh and jemur baju(anak2 je aku basuh tangan yang lain mm...faham2 jela..hehehe), aku tak terasa nak tidur pulak..layan Fifi(laptop) jap, tengok2 blog and facebook..huh bosan!
Aku try design blog pulak tapi tak tahu r kenapa puas aku nk design blog ni tapi tak jadi macam yang aku nak..tension and tension!subhanallah...macam2 cara aku buat tapi tak cantik...huhu..so tension ma!

Wednesday, August 11, 2010

Raya dahulu baru puasa :p

Kedatangan Ramadhan kali ni sememangnya ada kelainan dalam hidupku..dalam pada orang lain menahan lapar dan dahaga, aku terlebih dulu sambut raya..hahaha...memang lucu...aku ingat nak puasa penuh tahun ni(leh dapat duit raya lebih macam masa zaman kanak2 dulu!hehe) tapi awal2 lagi dah 'surrender'..
Kelas? tak payah cakap la..sah2 la aku tak datang..aku tidur je sepanjang hari(nasib baik tak pose kalau tak kan dah makruh tuh!huhu)..tapi apa2 pun aku tabik spring ar kat siah..dalam pada dia sakit ehem2 pun dia still boleh pergi kelas..kagum tul aku!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan menjelang tiba..


Salam semua...
Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas dan melihat alam ciptaan Ilahi yg serba indah nie dan seterusnya berpeluang menyambut kedatangan bulan yg penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan sekali lagi.
Ramadhan menjelang dan aku menyambut bulan ni dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...tidak seperti tahun2 sebelumnya, tahun ni aku rasa kelainan sedikit..tatkala aku menulis blog ni angin bertiup sepoi2 bahasa seakan-akan turut mengalu-alukan bulan yang mulia ni...
Harapanku hanya satu..walaupun orang selalu buat pada tahun baru tapi aku merasakan ni la saatnya untuk aku berubah menjadi lebih baik..tidak sukar sebenarnya untuk berubah ke arah kebaikan..hanya memerlukan sedikit keazaman, keyakinan dan kesungguhan dalam diri..insyaallah...aku pasti boleh....
Ramadhan datang lagi dan aku berharap ini bukan Ramadhan ku yang terakhir.........

Thursday, August 5, 2010

Apa erti sahabat sejati?

Ah!sakitnye hati...bila saja memikirkan hal ni aku sering kali menitiskan airmata. Kenapa begitu sukar untuk mencari sahabat,teman,kawan,rakan yang sejati??berkongsi suka dan duka..sentiasa bersama susah dan senang..kalau ada yg tak puas hati berbincang sama2 supaya tak merosakkan nilai sebuah persahabatan...
Dah 3 sem aku di sini tapi kenapa ye setiap sem ada berlaku perkara yg membuatkan aku tak sabar untuk menghabiskan pengajian ku?S.A.H.A.B.A.T S.E.J.A.T.I...sukar untuk dicari di sini...aku tak faham...adakah aku yg terlalu mengikut perasaan atau diorang yg selalu meminggirkan aku?terus terang aku katakan..bila berada dalam kelompok diorang, aku rasa tersisih sangat2...pandangan dan kata2 diorang seakan2 menghalang aku untuk bercampur dengan diorang...hmm..entahlah...
Aku seboleh mungkin tak nak menimbulkan pergaduhan lagi...cukuplah 2 sem yang sudah berlaku salah faham dengan diorang...sem ni aku nak kutip sebanyak mungkin kenangan manis sebelum aku meninggalkan bumi terengganu ni tapi aku tak faham kenapa mereka seperti memerlukan aku tatkala diperlukan je..satu pernyataan yang pahit untuk aku telan tapi itu la kenyataan...
Hari ni aku tak tau kenapa diorang macam berkelakuan pelik dengan aku...apa salah aku kali ni pun aku tak tau la...tak kan sebab aku tak datang kelas bahasa arab diorang terus pakat nak pulaukan aku?bukannya saja2 tak nak datang macam masa sem 1 dulu...kali ni aku betul2 tak sihat tapi tak ada seorang pun dari kalangan kawan2 aku perasan perubahan keadaan aku...yang perasan just farah(classmate aku yg jrg2 kitaorg berbual)...aku tak minta kawan2 aku terlalu care pasal aku just apa aku nak adalah layanan ikhlas diorang sebagai sahabat...itu je...
Aku tak maksudkan setiap masa diorang begitu...adakalanya aku rasa seronok sangat dengan diorang...just ada ketika diorang macam tak pedulikan aku...bila aku cakap tak pandang muka n macam bad mood tapi bila dengan yang lain ok je aku tengok...tu yang aku tak faham...bila diorang dah buat muka macam tu aku jadi takut nak tegur...takut nanti diorang tak layan n just buat bodoh je kat aku...dah banyak kali diorang buat kat aku tapi aku masih boleh tahan...tapi yg peliknya bila aku buat dekat diorang pandai lak diorang marah aku...hmm...
Ni sem last aku di sini...kepada korang yg mybe baca blog aku ni aku minta maaf sgt2 especially to siah sebab tak dapat pergi program TOT sama2..aku tak larat and kadang2 rs cam nak pitam...aku just nak hepi dengan korang..tak mau dah sedih2...ni luahan hatiku...kalau korang tak senang aku menyusun sepuluh jari...maaf...

Friday, July 23, 2010

Lucu....teramat lucu..!

Aku nak menceritakan satu kisah yg bagi aku teramat lucu dan menggeletek hatiku..hahaha(ayat xley blah!). Bangun je dari tidur petang tadi aku terus pergi toilet nak g mandi(coz dari pagi xmandi!hahaha). Siap je mandi aku terus ler balik bilik..xley duk luar lama2 coz ehem3!!!hehehe..tapi nak dijadikan cerita roomate aku kunci lak bilik..xtahu la pergi mana. Aku cemas gila dah masa tu..dengan keadaan macam tu aku xtahu nak tumpang duk bilik sape....menambahkan lagi cemas aku tiba2 hujan turun lak. Berkejar aku g tempat jemur kain tapi just sempat angkat half coz xcukup tangan aku nak angkat semua...ngn kain penuh kat tangan and dalam keadaan ehem3 aku duk tercegat depan pintu bilik tunggu roomate aku..nak panjat tingkap aduiyai...ada budak laki lak tengah main bola kat padang sekolah sebelah kolej aku ni..masa tu aku dah pening gila dh tambah ngn sejuk lg...tiba2...terserempak lak ngn kawan aku yg nk g beli makanan..masa 2 ada seorang bdk AD ni lalu dpn bilik aku lepas tu dia la cadangkan kawan aku ni g panjat tingkap bilik aku(coz kawan aku ni berat dia lbh kurang half ringan dari aku!hehe). So kawan aku pun sudi la tolong...aku lak just tunggu depan pintu..terdengar bunyi GEDEBUKK!!. Aku dah risau coz takut kawan aku ni terjatuh..xlama lepas tu pintu bilik aku pun terbuka la...hahaha suka betul bila dh dapat masuk bilik..hehe...tp cerita ni xabis sampai sini je tau..ni baru intro..lepas tu kawan aku balik la bilik dia..nak beli makanan pun x blh coz hujan turun kan..lepas siap pakai baju aku terpandang kat ampaian tuala bilik aku. Nampak pelik semacam jer...aku g dekat and dekat lepas tu terkejut gila aku tgk besi ampaian tu bengkok 90 darjah..hahaha...tidak ku sangka kawan yg selalu mengata aku berat rupa2nya sama je ngn aku..sampai bengkok besi tu dia pijak hehehe..tp apa2 pun aku tetap thnx banyak2 ar kat dia..kalau x ada dia aku kena tggu 30 minit baru boleh masuk bilik..tp kejadian tu tetap lucu bagi aku...pesanan buat semua..lain kali jgn selalu mengejek or mengata org gemuk or berat coz kita manusia ni xperfect..hanya ALLAH je yg sempurna......:)