Pages

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan menjelang tiba..


Salam semua...
Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas dan melihat alam ciptaan Ilahi yg serba indah nie dan seterusnya berpeluang menyambut kedatangan bulan yg penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan sekali lagi.
Ramadhan menjelang dan aku menyambut bulan ni dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...tidak seperti tahun2 sebelumnya, tahun ni aku rasa kelainan sedikit..tatkala aku menulis blog ni angin bertiup sepoi2 bahasa seakan-akan turut mengalu-alukan bulan yang mulia ni...
Harapanku hanya satu..walaupun orang selalu buat pada tahun baru tapi aku merasakan ni la saatnya untuk aku berubah menjadi lebih baik..tidak sukar sebenarnya untuk berubah ke arah kebaikan..hanya memerlukan sedikit keazaman, keyakinan dan kesungguhan dalam diri..insyaallah...aku pasti boleh....
Ramadhan datang lagi dan aku berharap ini bukan Ramadhan ku yang terakhir.........

0 comments:

Post a Comment